PERUNDING HARTANAH

Tuesday, 23 February 2016

Baik pulih rumah client di bdr tasik puteri

Proses baik pulih rumah yg tidak berpenghuni selama 14 tahun....Banyak yg telah rosak & tambah tile utk satu rumah.Cat semula luar & dalam rumah.Hingga hari ini dah hampir 80% siap.Diharapkan ada penyewa dari syurga yg akan menjaga rumah ini dengan baik.Kpd yg berminat utk menyewa, sila hubungi saya 0193009408.
#5 bilik 3 bilik air, rm700 sebulan utk kemasukan Mac 2016
Rumah sebelum baik pulih

Tingkat atas
Tingkat bawah
Tembok baru
Memasang tile ruang tamu

Sunday, 21 February 2016

Hartanah

            Mengapa hartanah menjadi bidang yang saya minati?Tak kenal maka tak cinta......itulah pepatah Melayu.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya Pn. Wan Sheliza yang telah membuka minda saya dalam bidang ini.Mula menimba ilmu hartanah darinya & buku-buku tulisan En. Azizi Ali, Dr Wan Shah Razali & Faizul Ridzuan dalam tahun 2014.Di samping itu membaca di blog & website hartanah telah menguatkan semangat saya untuk menceburi bidang ini.
            Kebetulan saya & suami telah memiliki 3 buah rumah pada masa tu.Bagi menambahkan aset, kami telah memberanikan diri dengan membuat refinance ke atas rumah2 tersebut.Di penghujung tahun 2015 kami mula dengan sublet sebuah apartment di Sg. Buloh.Untuk permulaan agak susah juga kami mendapatkan penyewa.Dalam masa 2 bulan barulah penuh bilik2 tersebut.Alhamdulillah...
            Setelah itu, kami masih menerima panggilan untuk menyewa bilik.Kami memberanikan diri untuk menyewa lagi sebuah apartment di kawasan tersebut.Hinggalah kini, kami telah memiliki 9 buah apartment sublet.Dalam masa yang sama saya telah membeli sebuah apartment subsale & 1 servis apartment di Gombak.
            Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang hartanah, saya juga melibatkan diri menjadi agen hartanah.Niat untuk membantu bangsa kita memiliki rumah sendiri dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang sedikit ini.

Antara aktiviti hartanah saya:
1. Menjual rumah-rumah baru & subsale
2. Menyewakan rumah & bilik
3. Menyediakan perkhidmatan membina & membaik pulih rumah

Kepada yang ingin menjual, membeli @ menyewa rumah, boleh hubungi saya 0193009408
 
 

Perunding hartanah

Kami membantu anda untuk menjual, membeli & menyewa hartanah anda dengan mudah.Kami juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih rumah dengan harga yang berpatutan.Khidmat nasihat tentang masalah hartanah diberikan dengan percuma.Anda juga berpeluang menjana pendapatan tanpa modal dengan kami.....