Mengapa hartanah menjadi bidang yang saya minati?Tak kenal maka tak cinta......itulah pepatah Melayu.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya Pn. Wan Sheliza yang telah membuka minda saya dalam bidang ini.Mula menimba ilmu hartanah darinya & buku-buku tulisan En. Azizi Ali, Dr Wan Shah Razali & Faizul Ridzuan dalam tahun 2014.Di samping itu membaca di blog & website hartanah telah menguatkan semangat saya untuk menceburi bidang ini.
Kebetulan saya & suami telah memiliki 3 buah rumah pada masa tu.Bagi menambahkan aset, kami telah memberanikan diri dengan membuat refinance ke atas rumah2 tersebut.Di penghujung tahun 2015 kami mula dengan sublet sebuah apartment di Sg. Buloh.Untuk permulaan agak susah juga kami mendapatkan penyewa.Dalam masa 2 bulan barulah penuh bilik2 tersebut.Alhamdulillah...
Setelah itu, kami masih menerima panggilan untuk menyewa bilik.Kami memberanikan diri untuk menyewa lagi sebuah apartment di kawasan tersebut.Hinggalah kini, kami telah memiliki 9 buah apartment sublet.Dalam masa yang sama saya telah membeli sebuah apartment subsale & 1 servis apartment di Gombak.
Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang hartanah, saya juga melibatkan diri menjadi agen hartanah.Niat untuk membantu bangsa kita memiliki rumah sendiri dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang sedikit ini.
Antara aktiviti hartanah saya:
1. Menjual rumah-rumah baru & subsale
2. Menyewakan rumah & bilik
3. Menyediakan perkhidmatan membina & membaik pulih rumah
Kepada yang ingin menjual, membeli @ menyewa rumah, boleh hubungi saya 0193009408
No comments:
Post a Comment